Sembang2 penduduk..

PENGUMUMAN

Assalamualaikum ..
Saya perlukan bantuan seorang penduduk untuk membantu saya dalam meng'update' blog komuniti kita ini. Sebab saya tak sempat nak update. Rasa yang paling sesuai adalah AJK rukun tetangga atau yang individu yang aktif dengan persatuan penduduk. Sila emel kepada saya untuk urusan tersebut. pristana08@yahoo.com. Kalau boleh dengan kadar segera kerana telah banyak aktiviti penduduk yang saya telah tertinggal untuk diupdate.

Emel Pilihan Dari Penduduk Seri Pristana

Dari En Kamarul Ahmad 30/7/2009

Salams Admin,

Saya adalah penduduk baru Seri Pristana, Saya nak buat kenduri kesyukuran memasuki rumah baru di No. 86, Jalan SP 2/4, Seri Pristana, 47000 Sg. Buloh, Selangor pada hari sabtu 01/08/2009 selepas solat asar. Saya berhajat untuk menjemput ahli-ahli surau yang mempunyai kelapangan untuk membacakan doa atau tahlil. Dengan siapa yang harus saya berhubung untuk memanjangkan hasrat saya ini. Harap Tn. Admin dapatlah membantu saya didalam hal ini. Disini saya tinggalkan no. telefon saya dibawah untuk pihak tuan berhubung perkara ini.

Yang benar,

Kamarulzaman Ahmad

( 012-970 5153)



Dari Puan Norsalwani 10/7/2009

Salam…

Saya ingin bertanya mengenai Hari Keluarga Bristana & Kristana dah di adakan ke belum?

Rasanya lagi meriah kalau Mastana & Astana boleh join sekali.. kata tinggal dalam satu taman kan, Taman SERI Pristana…t. Kasih.


Monday, May 18, 2009

Rayuan Derma Pembinaan Surau al-Ma'muriah, Taman Seri Pristana

Assalamualaikum
Tuan/Puan,

Saya Setiausaha mewakili ahli jawatankuasa Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah ingin memohon derma untuk menjayakan pembinaan surau kami ini.

Kutipan setakat 30 Disember 2008 adalah berjumlah $97,544.90 (sembilan puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh empat ringgit dan sembilan puluh sen). Dari jumlah ini, sebanyak $63,065.25 (enam puluh tiga ribu enam puluh lima ringgit dan dua puluh lima sen) telah dibelanjakan untuk kerja-kerja asas bangunan. Kami masih memerlukan sebanyak $353,000 (tiga ratus lima puluh tiga ribu ringgit) lagi untuk menyiapkan pembinaan surau ini.

Tuan/puan boleh membuat sumbangan melalui :

1. bank-in ke akaun
BIMB : 12038 0100 69938
CIMB : 1213-0000003-10-6
di atas nama 'Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah'

atau,

2. cek di atas nama 'Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah'
alamatkan kepada :

Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah
12 Jalan SP 1/4
Taman Seri Pristana
Sungai Buloh
47000 Selangor

Sila lihat gambar/dokumen berkaitan pembinaan surau ini melalui link yang disediakan di bawah.

Semoga ALLAH SWT membalas sumbangan tuan/puan.

Firman ALLAH SWT :

"Katakanlah : Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya dan menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya). Dan, barang apa sahaja yang kamu nafkahkan (di jalan ALLAH) maka ALLAH akan menggantinya. Dan, Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya".

[Surah Saba', ayat 39]

Dari Abu Hurairah (RA) katanya, baginda Rasulullah SAW telah bersabda bahwa : "Sedekah tidak mengurangkan harta, dan jika kesalahan seseorang dimaafkan ia akan menambahkan kehormatan orang yang memberi kemaaafan, dan sesiapa yang merendahkan diri sendiri kerana mencari keredaan ALLAH, maka ALLAH akan meninggikannya dan memberinya darjat yang tinggi".

[Hadis riwayat Muslim]

Terima kasih.

Yang benar,
Khairul Rizal M Jukiri
Setiausaha Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah

klik sini utk lihat gambar status pembinaan surau http://s441.photobucket.com/albums/qq133/surau_al_makmuriah/?albumview=slideshow

No comments:

Post a Comment