Sembang2 penduduk..

PENGUMUMAN

Assalamualaikum ..
Saya perlukan bantuan seorang penduduk untuk membantu saya dalam meng'update' blog komuniti kita ini. Sebab saya tak sempat nak update. Rasa yang paling sesuai adalah AJK rukun tetangga atau yang individu yang aktif dengan persatuan penduduk. Sila emel kepada saya untuk urusan tersebut. pristana08@yahoo.com. Kalau boleh dengan kadar segera kerana telah banyak aktiviti penduduk yang saya telah tertinggal untuk diupdate.

Emel Pilihan Dari Penduduk Seri Pristana

Dari En Kamarul Ahmad 30/7/2009

Salams Admin,

Saya adalah penduduk baru Seri Pristana, Saya nak buat kenduri kesyukuran memasuki rumah baru di No. 86, Jalan SP 2/4, Seri Pristana, 47000 Sg. Buloh, Selangor pada hari sabtu 01/08/2009 selepas solat asar. Saya berhajat untuk menjemput ahli-ahli surau yang mempunyai kelapangan untuk membacakan doa atau tahlil. Dengan siapa yang harus saya berhubung untuk memanjangkan hasrat saya ini. Harap Tn. Admin dapatlah membantu saya didalam hal ini. Disini saya tinggalkan no. telefon saya dibawah untuk pihak tuan berhubung perkara ini.

Yang benar,

Kamarulzaman Ahmad

( 012-970 5153)



Dari Puan Norsalwani 10/7/2009

Salam…

Saya ingin bertanya mengenai Hari Keluarga Bristana & Kristana dah di adakan ke belum?

Rasanya lagi meriah kalau Mastana & Astana boleh join sekali.. kata tinggal dalam satu taman kan, Taman SERI Pristana…t. Kasih.


Wednesday, May 13, 2009

Kedai baru di buka oleh seorang penduduk Seri Pristana

myCni Shoppe kini di buka
Untuk makluman semua penduduk seri pristana dan saujana utama, ada seorang penduduk kita En. Rizal telah memulakan perniagaan gift, souviner dan home deco. Nama kedainya myC-ni Shoppe memandang dia org utara sebab itu nama kedai dia ada ciri2 utara. Ni address website dia http://myc-nishoppe.blogspot.com . Anda boleh layari blog beliau utk melihat barang2 yang dijual. Kalau tak silap saya dia menjalankan perniagaan secara offline dan online. Kedainya terletak di dalam Central Mart, Saujana Utama. Oleh itu mari la kita memberi support kepada En Rizal dgn pergi ke kedainya nak bagi moral support pon boleh nak beli pon lagi boleh.. apa salahnya support bumiputera kan. Kalau tengok kedai macam2 ada. So meh kita pegi kedai En Rizal sekarang jugak. Bagi moral support ni.. Kepada penduduk Seri Pristana yang ada perniagaan dan hendak maklumkan perniagaan anda kepada penduduk Seri Pristana dan Saujana Utama .. boleh la emelkan kepada admin pristana08@yahoo.com
"Majulah Taman Untuk Negara"

No comments:

Post a Comment