Sembang2 penduduk..

PENGUMUMAN

Assalamualaikum ..
Saya perlukan bantuan seorang penduduk untuk membantu saya dalam meng'update' blog komuniti kita ini. Sebab saya tak sempat nak update. Rasa yang paling sesuai adalah AJK rukun tetangga atau yang individu yang aktif dengan persatuan penduduk. Sila emel kepada saya untuk urusan tersebut. pristana08@yahoo.com. Kalau boleh dengan kadar segera kerana telah banyak aktiviti penduduk yang saya telah tertinggal untuk diupdate.

Emel Pilihan Dari Penduduk Seri Pristana

Dari En Kamarul Ahmad 30/7/2009

Salams Admin,

Saya adalah penduduk baru Seri Pristana, Saya nak buat kenduri kesyukuran memasuki rumah baru di No. 86, Jalan SP 2/4, Seri Pristana, 47000 Sg. Buloh, Selangor pada hari sabtu 01/08/2009 selepas solat asar. Saya berhajat untuk menjemput ahli-ahli surau yang mempunyai kelapangan untuk membacakan doa atau tahlil. Dengan siapa yang harus saya berhubung untuk memanjangkan hasrat saya ini. Harap Tn. Admin dapatlah membantu saya didalam hal ini. Disini saya tinggalkan no. telefon saya dibawah untuk pihak tuan berhubung perkara ini.

Yang benar,

Kamarulzaman Ahmad

( 012-970 5153)



Dari Puan Norsalwani 10/7/2009

Salam…

Saya ingin bertanya mengenai Hari Keluarga Bristana & Kristana dah di adakan ke belum?

Rasanya lagi meriah kalau Mastana & Astana boleh join sekali.. kata tinggal dalam satu taman kan, Taman SERI Pristana…t. Kasih.


Monday, December 22, 2008

Pembinaan Sekolah Kebangsaan Pristana

Sumber dari saujanautama.net

Pembinaan bangunan Sekolah Kebangsaan Pristana sedang berjalan pada tahap kira-kira 10% siap. Demikian dinyatakan oleh Encik Khairi, Pegawai Tapak Projek yang ditemui kira-kira pada 3.30 petang, 15 Disember 2008. Menurut beliau lagi, sebenarnya kerja-kerja memasak cerucuk telahpun selesai. Walau bagaimanapun penerusan kerja tersebut kini terhenti bagi menunggu kelulusan rayuan pihak kontraktor daripada MDKS. Pihak MDKS menghendaki jarak antara longkang jalanraya dengan blok bangunan hendaklah sekurang-kurangnya 60 kaki, berbanding 20-30 kaki berdasarkaan pelan sekarang. Pada masa ini kerja-kerja pembinaan kantin sedang dilakukan kerana kedudukannya tidak melibatkan sebarang kemungkinan perubahan pelan.

Semoga sekolah ini berjaya diwujudkan kerana saya perhatikan surau al-makmuriah seri pristana pon macam terbengkalai je... hari tu dah bersemangat tgk surau dlm pembinaan tu so boleh la tahun depan jemaah bersolat terawih kat surau baru tp klu dah mcm tu..sapa nak tolong jawap... nnti kita siasat ye....

Tuesday, December 16, 2008

1st phase Astana


Sumber dari internet..

Ini rumah 1st phase seri pristana..ada 2 types yg saya tak ingat type A or B... rumahnya 20 X 60 ok la not bad..harga awal rumah ni dulu rasanya dlm rm90K kiranya berbaloi la org yg beli umah ni dulu... skrg dpt tahu ada yg mencecah rm170K ...fuh dasyat..klu direnovate besar jugak rumah ini..apa2 pon inilah rumahku syurgaku bg penduduk awal seri pristana..sebelum adanya yg phase 4 klu tak silap skrg ni...

Monday, December 15, 2008

Welcome to SeriPristana Community...


Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah akhirnya dpt jugak Seripristana Community ni diwujudkan untuk kemudahan penduduk Seri Pristana keseluruhannya... Walaupun hanya 'blog' tapi diharapkan kewujudan blog ini dpt memberi serba sedikit informasi kepada penduduk dan dpt juga mengeratkan silaturrahim dikalangan penduduk disini.