Sembang2 penduduk..

PENGUMUMAN

Assalamualaikum ..
Saya perlukan bantuan seorang penduduk untuk membantu saya dalam meng'update' blog komuniti kita ini. Sebab saya tak sempat nak update. Rasa yang paling sesuai adalah AJK rukun tetangga atau yang individu yang aktif dengan persatuan penduduk. Sila emel kepada saya untuk urusan tersebut. pristana08@yahoo.com. Kalau boleh dengan kadar segera kerana telah banyak aktiviti penduduk yang saya telah tertinggal untuk diupdate.

Emel Pilihan Dari Penduduk Seri Pristana

Dari En Kamarul Ahmad 30/7/2009

Salams Admin,

Saya adalah penduduk baru Seri Pristana, Saya nak buat kenduri kesyukuran memasuki rumah baru di No. 86, Jalan SP 2/4, Seri Pristana, 47000 Sg. Buloh, Selangor pada hari sabtu 01/08/2009 selepas solat asar. Saya berhajat untuk menjemput ahli-ahli surau yang mempunyai kelapangan untuk membacakan doa atau tahlil. Dengan siapa yang harus saya berhubung untuk memanjangkan hasrat saya ini. Harap Tn. Admin dapatlah membantu saya didalam hal ini. Disini saya tinggalkan no. telefon saya dibawah untuk pihak tuan berhubung perkara ini.

Yang benar,

Kamarulzaman Ahmad

( 012-970 5153)



Dari Puan Norsalwani 10/7/2009

Salam…

Saya ingin bertanya mengenai Hari Keluarga Bristana & Kristana dah di adakan ke belum?

Rasanya lagi meriah kalau Mastana & Astana boleh join sekali.. kata tinggal dalam satu taman kan, Taman SERI Pristana…t. Kasih.


Saturday, October 3, 2009

Penyerahan tugas mengupdate blog pada En Hasan Kadri

Assalamaualaikum ../
Selamat Hari raya Maaf zahir batin kepada semua penduduk seri Pristana.. Saya ingin buat pengumuman bahawa saya telah menyerahkan tugas mengupdate blog ini kepada En Hassan Kadri ..ahli jawatan kuasa Kejiranan Astana. .sebarang masalah sila rujuk pada en hasan(pka_kejirananastana@yahoo.com) ... Kepada yg sudi membantu en hasan untuk mengupdate blog juga amat dialu2kan..sila berhubung dengan En hasan sendiri ye... Sekian untuk makluman...

Tuesday, August 11, 2009

Keratan akhbar Sukaneka Bristana


from:"loso09@yahoo.com" tq vm
uih dasyat tu masuk paper.. org astana, mastana n kristana mesti jealous kan.... sabor je la

Sunday, August 9, 2009

Lagi gambar sukaneka Bristana 2009






TQ to En Ishak di atas sumbangan gambar

Gambar Sukaneka Bristana 2009





Terima Kasih kepada En Wan Anuar atas sumbangan gambar ini ye...

Hari Sukan Antara Lorong Astana

Tarikh : 9 Ogos 2009
Hari : Ahad
Tempat : Padang Permainan Seri Pristana
Jam : 8 pagi - 6 ptg

~~~maaf lambat upload~~~

Saturday, June 6, 2009

Pendaftaran ahli kariah/anak kariah Masjid An-Nur, Seri Pagi 13

Hari ini saya dan mungkin juga seluruh penduduk Seri Pristana menerima surat dari Setiausaha MAsjid An-Nur saujana Utama mengenai perkara diatas. Merujuk kepada surat itu memaklumkan bahawa Surau An-Nur telah dinaiktaraf kepada status Masjid berkuat kuasa 1/5/2009 oleh bahagian pengurusan Masjid, Jabatan Agama islam Negeri Selangor(JAIS). Penetapan Kawasan perumahan yang bernaung di bawah Masjid aN-Nur adalah seperti berikut:-
1) Kawasan perumahan Seri Pagi
2) Kawasan Perumahan Seri Pristana
3) Kawasan perumahan Iris Apartment
4) Kawasan perumahan Rose Apartment
5) Kawasan perumahan Maple
6) Kawasan perumahan Lily
7) kawasan peumahan Bristana

Sehubungan dengan itu, semua ahli kariah(dalam setiap keluarga) yang dinyatakan dan bermastautin dalam senarai di atas serta berumur 18 tahun ke atas diminta mengisi 'borang pendaftaran Anak kariah masjid/surau seluruh Negeri Selangor' untuk dilengkapkan dan seterusnya bagi membolehkan menjadi pemilih dalam pemilihan AJK Masjid menerusi Mesyaurat Agung akan datang. Sila rujuk surat tersebut untuk keterangan lanjut. atau sila hubungi wakil2 penduduk yang dilampirkan didalam surat tersebut. Bagi kawasan perumahan Seri Pristana wakilnya adalah Ust Khairur Rizal Mohamed Jukiri (013-3413002) dan wakil penduduk Bristana En Zakaria Abdullah (013-3912618)

Monday, May 18, 2009

Sumbangan Pembinaan Masjid Saujana Utama

Asssalamualaikum..

Kepada seluruh penduduk Seri Pristana sekiranya hendak memberi sumbangan untuk pembinaan masjid Saujana Utama sila ke website ini utk keterangan lanjut http://masjid.saujanautama.net/ masjid ini adalah untuk kegunaan seluruh penduduk Saujana Utama, Seri Pristana, SBCR dan sewaktu dengannya.. Sama2 la kita menyumbang sekadar yang termampu semoga masjid impian penduduk disini akan menjadi kenyataan. Semoga dengan wujudnya masjid didalam kawasan perumahan kita .. penduduk akan lebih bersatu hati demi Islam yang tercinta.