Sembang2 penduduk..

PENGUMUMAN

Assalamualaikum ..
Saya perlukan bantuan seorang penduduk untuk membantu saya dalam meng'update' blog komuniti kita ini. Sebab saya tak sempat nak update. Rasa yang paling sesuai adalah AJK rukun tetangga atau yang individu yang aktif dengan persatuan penduduk. Sila emel kepada saya untuk urusan tersebut. pristana08@yahoo.com. Kalau boleh dengan kadar segera kerana telah banyak aktiviti penduduk yang saya telah tertinggal untuk diupdate.

Emel Pilihan Dari Penduduk Seri Pristana

Dari En Kamarul Ahmad 30/7/2009

Salams Admin,

Saya adalah penduduk baru Seri Pristana, Saya nak buat kenduri kesyukuran memasuki rumah baru di No. 86, Jalan SP 2/4, Seri Pristana, 47000 Sg. Buloh, Selangor pada hari sabtu 01/08/2009 selepas solat asar. Saya berhajat untuk menjemput ahli-ahli surau yang mempunyai kelapangan untuk membacakan doa atau tahlil. Dengan siapa yang harus saya berhubung untuk memanjangkan hasrat saya ini. Harap Tn. Admin dapatlah membantu saya didalam hal ini. Disini saya tinggalkan no. telefon saya dibawah untuk pihak tuan berhubung perkara ini.

Yang benar,

Kamarulzaman Ahmad

( 012-970 5153)



Dari Puan Norsalwani 10/7/2009

Salam…

Saya ingin bertanya mengenai Hari Keluarga Bristana & Kristana dah di adakan ke belum?

Rasanya lagi meriah kalau Mastana & Astana boleh join sekali.. kata tinggal dalam satu taman kan, Taman SERI Pristana…t. Kasih.


Saturday, October 3, 2009

Penyerahan tugas mengupdate blog pada En Hasan Kadri

Assalamaualaikum ../
Selamat Hari raya Maaf zahir batin kepada semua penduduk seri Pristana.. Saya ingin buat pengumuman bahawa saya telah menyerahkan tugas mengupdate blog ini kepada En Hassan Kadri ..ahli jawatan kuasa Kejiranan Astana. .sebarang masalah sila rujuk pada en hasan(pka_kejirananastana@yahoo.com) ... Kepada yg sudi membantu en hasan untuk mengupdate blog juga amat dialu2kan..sila berhubung dengan En hasan sendiri ye... Sekian untuk makluman...

2 comments:

  1. Kami, para pelayar web amat brharap en. hasan daptlah meng'update' skit blog seripristana ni agar lebih ceria dan berita/cerita2 terbaru. Klau Stakat ada blog je tp laporan2 x terkini, mnjadikan blog anda 'layu'. tq!

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Setuju dengan Pak_aq..blog ni perlu lebih ceria dan banyak infomasi terkini di update dalam blog ini..supaya dapat menjadikan penduduk seri pristana penduduk yang berinformasi dengan hal sekitar.

    ReplyDelete