Sembang2 penduduk..
PENGUMUMAN
Saya perlukan bantuan seorang penduduk untuk membantu saya dalam meng'update' blog komuniti kita ini. Sebab saya tak sempat nak update. Rasa yang paling sesuai adalah AJK rukun tetangga atau yang individu yang aktif dengan persatuan penduduk. Sila emel kepada saya untuk urusan tersebut. pristana08@yahoo.com. Kalau boleh dengan kadar segera kerana telah banyak aktiviti penduduk yang saya telah tertinggal untuk diupdate.
Emel Pilihan Dari Penduduk Seri Pristana
Dari En Kamarul Ahmad
30/7/2009 Salams Admin,
Saya adalah penduduk baru Seri Pristana, Saya nak buat kenduri kesyukuran memasuki rumah baru di No. 86, Jalan SP 2/4, Seri Pristana, 47000 Sg. Buloh, Selangor pada hari sabtu 01/08/2009 selepas solat asar. Saya berhajat untuk menjemput ahli-ahli surau yang mempunyai kelapangan untuk membacakan doa atau tahlil. Dengan siapa yang harus saya berhubung untuk memanjangkan hasrat saya ini. Harap Tn. Admin dapatlah membantu saya didalam hal ini. Disini saya tinggalkan no. telefon saya dibawah untuk pihak tuan berhubung perkara ini.
Yang benar,
Kamarulzaman Ahmad
( 012-970 5153)
Dari Puan Norsalwani10/7/2009 Salam…
Saya ingin bertanya mengenai Hari Keluarga Bristana & Kristana dah di adakan ke belum?
Rasanya lagi meriah kalau Mastana & Astana boleh join sekali.. kata tinggal dalam satu taman kan, Taman SERI Pristana…t. Kasih.
Saturday, October 3, 2009
Penyerahan tugas mengupdate blog pada En Hasan Kadri
Selamat Hari raya Maaf zahir batin kepada semua penduduk seri Pristana.. Saya ingin buat pengumuman bahawa saya telah menyerahkan tugas mengupdate blog ini kepada En Hassan Kadri ..ahli jawatan kuasa Kejiranan Astana. .sebarang masalah sila rujuk pada en hasan(pka_kejirananastana@yahoo.com) ... Kepada yg sudi membantu en hasan untuk mengupdate blog juga amat dialu2kan..sila berhubung dengan En hasan sendiri ye... Sekian untuk makluman...
Tuesday, August 11, 2009
Keratan akhbar Sukaneka Bristana
uih dasyat tu masuk paper.. org astana, mastana n kristana mesti jealous kan.... sabor je la
Sunday, August 9, 2009
Hari Sukan Antara Lorong Astana
Hari : Ahad
Tempat : Padang Permainan Seri Pristana
Jam : 8 pagi - 6 ptg
~~~maaf lambat upload~~~
Saturday, June 6, 2009
Pendaftaran ahli kariah/anak kariah Masjid An-Nur, Seri Pagi 13
1) Kawasan perumahan Seri Pagi
2) Kawasan Perumahan Seri Pristana
3) Kawasan perumahan Iris Apartment
4) Kawasan perumahan Rose Apartment
5) Kawasan perumahan Maple
6) Kawasan perumahan Lily
7) kawasan peumahan Bristana
Sehubungan dengan itu, semua ahli kariah(dalam setiap keluarga) yang dinyatakan dan bermastautin dalam senarai di atas serta berumur 18 tahun ke atas diminta mengisi 'borang pendaftaran Anak kariah masjid/surau seluruh Negeri Selangor' untuk dilengkapkan dan seterusnya bagi membolehkan menjadi pemilih dalam pemilihan AJK Masjid menerusi Mesyaurat Agung akan datang. Sila rujuk surat tersebut untuk keterangan lanjut. atau sila hubungi wakil2 penduduk yang dilampirkan didalam surat tersebut. Bagi kawasan perumahan Seri Pristana wakilnya adalah Ust Khairur Rizal Mohamed Jukiri (013-3413002) dan wakil penduduk Bristana En Zakaria Abdullah (013-3912618)
Monday, May 18, 2009
Sumbangan Pembinaan Masjid Saujana Utama
Kepada seluruh penduduk Seri Pristana sekiranya hendak memberi sumbangan untuk pembinaan masjid Saujana Utama sila ke website ini utk keterangan lanjut http://masjid.saujanautama.net/ masjid ini adalah untuk kegunaan seluruh penduduk Saujana Utama, Seri Pristana, SBCR dan sewaktu dengannya.. Sama2 la kita menyumbang sekadar yang termampu semoga masjid impian penduduk disini akan menjadi kenyataan. Semoga dengan wujudnya masjid didalam kawasan perumahan kita .. penduduk akan lebih bersatu hati demi Islam yang tercinta.
Bristana House
Contoh rumah Bristana. Minta maaf pada tuan rumah saya just search internet utk dptkan gambaran rumah bagi setiap fasa. Untuk makluman rumah ini utk dijual. So lampirkan disini iklan yg telah dibuat tuan rumah
Price: RM 245 000
Bedrooms: 4
Type: Houses
Size: 3000 Square feet
Rumah 2 tkt lot tepi, 4 bilik tidur , 3 bilik mandi, lantai jubin di Taman Seri Pristana, sebelah Saujana Utama Sg Buloh. Kejiranan mesra, dekat kedai, sekolah, surau dan hanya 5 minit ke kampus baru UiTM Puncak Alam beroperasi Julai 2009.Telefon Wan Rafi'in @ 019 2131281 sekarang untuk tips percuma dan info.
Tq En Wan Rafi'in
Rayuan Derma Pembinaan Surau al-Ma'muriah, Taman Seri Pristana
Tuan/Puan,
Saya Setiausaha mewakili ahli jawatankuasa Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah ingin memohon derma untuk menjayakan pembinaan surau kami ini.
Kutipan setakat 30 Disember 2008 adalah berjumlah $97,544.90 (sembilan puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh empat ringgit dan sembilan puluh sen). Dari jumlah ini, sebanyak $63,065.25 (enam puluh tiga ribu enam puluh lima ringgit dan dua puluh lima sen) telah dibelanjakan untuk kerja-kerja asas bangunan. Kami masih memerlukan sebanyak $353,000 (tiga ratus lima puluh tiga ribu ringgit) lagi untuk menyiapkan pembinaan surau ini.
Tuan/puan boleh membuat sumbangan melalui :
1. bank-in ke akaun
BIMB : 12038 0100 69938
CIMB : 1213-0000003-10-6
di atas nama 'Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah'
atau,
2. cek di atas nama 'Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah'
alamatkan kepada :
Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah
12 Jalan SP 1/4
Taman Seri Pristana
Sungai Buloh
47000 Selangor
Sila lihat gambar/dokumen berkaitan pembinaan surau ini melalui link yang disediakan di bawah.
Semoga ALLAH SWT membalas sumbangan tuan/puan.
Firman ALLAH SWT :
"Katakanlah : Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya dan menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya). Dan, barang apa sahaja yang kamu nafkahkan (di jalan ALLAH) maka ALLAH akan menggantinya. Dan, Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya".
[Surah Saba', ayat 39]
Dari Abu Hurairah (RA) katanya, baginda Rasulullah SAW telah bersabda bahwa : "Sedekah tidak mengurangkan harta, dan jika kesalahan seseorang dimaafkan ia akan menambahkan kehormatan orang yang memberi kemaaafan, dan sesiapa yang merendahkan diri sendiri kerana mencari keredaan ALLAH, maka ALLAH akan meninggikannya dan memberinya darjat yang tinggi".
[Hadis riwayat Muslim]
Terima kasih.
Yang benar,
Khairul Rizal M Jukiri
Setiausaha Tabung Pembinaan Surau al-Ma'muriah
klik sini utk lihat gambar status pembinaan surau http://s441.photobucket.com/albums/qq133/surau_al_makmuriah/?albumview=slideshow
Taska Pristana Gemilang
No 87, Jln Sp 1/4,
Tmn Seri Pristana
47000 Sg Buloh,
Selangor
012-6060901
Pengetua
Puan Fadzidah Daud
Penyelia
Puan Zah
Tadika Q Gemilang
No 87, Jln Sp 1/4,
Tmn Seri Pristana
47000 Sg Buloh
012-6060901
Pengetua
Puan Fadzidah Daud
Guru
Puan Yati
Thursday, May 14, 2009
Kawasan Rukun Tetangga
Haji Mohammed Arasat Bin Abd Rahman
No. 21,Jalan SP 1/6,
Taman Seri Pristana,
47000 Sungai Buloh
Tel : 012-3710074
Setiausaha
Sulaiman Bin Rejab
No. 33,Jalan SP 1/4,
Taman Seri Pristana,
47000 Sungai Buloh
Tel : 017-2382184
Bendahari
Zulkarnaen Bin Mohd Yasin
No. 43,Jalan SP 1/4,
Taman Seri Pristana,
47000 Sungai Buloh
Tel : 019-2045130
Tadika Perpaduan
No23, Jln Sp 1/6,
Tmn Seri Pristana
47000 Sg Buloh
Guru
Norfazariah Bt Abd Gafoor
Pembantu Guru
Hasnidah Bt Hashim
Kemudahan yang ada di Seri Pristana
Wednesday, May 13, 2009
Kedai baru di buka oleh seorang penduduk Seri Pristana
Penduduk mengikut fasa perumahan
Sudah lama rasanya saya tidak update blog kita ini.. maklumlah terlalu lama bercuti.. menunggu penduduk sendiri utk menghubungi saya tiada siapa pula.. so tak saya teruskan juga perjuangan ini.. Disini saya nak maklumkan saya ada membuat pembahagian mengikut fasa perumahan penduduk seperti fasa 1 Astana, fasa 2 Bristana, fasa 3 Mastana dan seterusnya.. so cerita mengenai kawasan perumahan masing2 akan mengikut kawasan masing2. So nnti kita akan sambung lagi